Salam Perkenalan

Tinta Anjung bermaksud segala tulisan didalam ruangan ini adalah berbentuk pandangan, perbahasan, ulasan sesuatu isu, pengalaman dan pengamatan penulis sendiri tanpa merujuk kepada rujukan ilmiah yang berat-berat iaitu dalam bahasa akademiknya ianya lebih banyak bersifat fakta-fakta sekunder berbanding primer. Begitulah perihalnya seperti sebuah rumah yang mempunyai anjung yang dapat memberikan gambaran keadaan sebenar isi kandungan didalam rumah. Segala yang benar dan baik itu adalah datangnya ilham dari Allah SWT dan segala yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Terimakasih kerana membaca. Wallahu'alam



Sunday, August 29, 2010

Kaum Wanita Sekarang

Pada pagi 20 Ramadhan tadi saya hampir dihimpit oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita bertudung! Dengan wajah yang sombong dia terus memecut keretanya. Wanita sekarang memang bertambah berani! Itu belum lagi sentuh soal2 serius seperti berani buang anak,berani pakai seksi, berani derhaka pada ibubapa, berani berdebat dengan suami dan lain-lain. Kadang2 kita(masyarakat) menjadi keliru bila ada jugak ustazah2 popular yang keluar di kaca TV yang bergincu, bermekap tebal dan bertudung tak tutup dada sepenuhnya sambil melayan pemanggil telefon dengan suara manjanya...Saya bukannya anti kemajuan. Namun kemajuan hendaklah membawa kita lebih maju mendekati Allah SWT. Maka benarlah kata2 para alim ulama, "kemajuan dan ketamadunan sesebuah bangsa itu boleh dilihat dan diukur melalui kaum wanitanya"..wallahualam..